Sekolah Mengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman Gemas
Wednesday, 26 September 2012
Senarai Nama Pengetua SMKTAR 1949-2009TahunNama1949En. V.m. francis1952En. K. Ponnudurai1956tn. Hj. Putih bin hj. Tahir1960En. P. Kanth swamy1962En. V. Krishnan1969En. Harbajan singh sidhu1980En.Sulaiman bin kassim pjk1988En. A. Tavamani pjk1991tn. Hj. Abdul rahim bin ahmad1999En. Khoo boon nam2001En. mohan singh a/l shamir singh2004En. Mohd isah binismail2008Pn. Hjh sakdiah bt saleh
Sejarah Sekolah SMK Tuanku Abdul Rahman
Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas mengambil nama
sempena nama Yang Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad. Nama asal
sekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English, Gemas.
Pada tahun 1943 hingga 1948, sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan
mempunyai peringkat sekolah rendah dan menengah. Ketika itu, tapak asal sekolah
ini terletak di sebuah bukit berhampiran dengan Jalan Cantik, Jalan Damai, dan
Jalan Molik, iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan pengawal Keretapi Tanah
Melayu Malaysia Berhad (KTMB), Gemas.
Pada tahun 1949, sekolah ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan dan
dipindahkan ke bangunan barunya iaitu di belakang Kuil Hindu iaitu menghadap ke
Padang Keretapi Tanah Malaysia Berhad (KTMB), Berhad. Upacara perasmian bangunan
sekolah Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh Almarhum
Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949. Encik V.M. Francis
adalah pengetua sekolah ini yang pertama.
Pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di
Jalan Tok Sulong di mana terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan Tuanku Abdul
Rahman, Gemas yang ada sekarang. Sehingga tahun 1967, sekolah ini masih mempunyai
gabungan sekolah rendah dan menengah. Pada awal tahun 1968, bangunan khas untuk
Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas siap dibina. Bangunan ini telah dibuka
secara rasminya oleh Tan Sri Mohd. Khir Haji Johari pada hari Isnin bersamaan 7
Oktober 1968.
Sebenarnya perancangan awal pembinaan sekolah ini adalah di atas Bukit
Masjid, Gemas tetapi memandangkan kos dan masa pembinaannya yang terhad, maka
lokasinya beralih ke padang sekolah di mana letaknya Sekolah Menengah Kebangsaan
Tuanku Abdul Rahman, Gemas sekarang.
Wednesday, 19 September 2012
Visi Dan Misi
VISI MISI SEKOLAH
VISI
Sekolah unggul penjana Generasi Gerbilang
MISI
Membangun poternsi inmuvidu melalul pendidikan Berkualiti
VISI MISI SEKOLAH
VISI
Sekolah unggul penjana Generasi Gerbilang
MISI
Membangun poternsi inmuvidu melalul pendidikan Berkualiti
Tuesday, 21 August 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)



